Cerita tentang hospital dan klinik di Malaysia.
Di suatu malam yang gembira...
Arisa main di taman permainan indoor di Giant. Tiba-tiba, ada seorang budak india menolak jatuh Arisa dari tempat yang agak tinggi untuk kanak-kanak 2 tahun setengah macam Arisa. Terkejut, panik, takut, risau semuanya bercampur aduk dalam hati bila Arisa mula menangis.
Aku dan abang Ery juga Adia dan Arisa berkejaran ke klinik terdekat. Kebetulan ada Klinik Mediviron baru di buka sangat berdekatan dengan Giant, Nilai. aku harap sangat Arisa tak apa-apa. Doktor perempuan bertugas malam tu. Nampak dia macam sangat loving doktornya. Dengan English yang berslang-slang dia. Dia dengan hanya memerhatikan tangan Arisa dari dalam kaunter pendaftaran (kami di luar kaunter), dengan yakinnya berkata
"Oh this is definitely fracture, yes, definitely fractured bone"
Boleh bayangkan tak apa perasaan mak saudara yang penyayang macam aku ni (he he he) apatah lagi seorang bapa yang dengar tu. Aku dah terbayang tangan Arisa berbalut je. Kesiannya, budak baru 2 tahun tangan berbalut. Dalam keadaan tu, Arisa masih menangis. Risau campur kesalnya Allah saja yang tahu. Mana tak rasa menyesal. Memang selalunya kalau Arisa atau Adia main di mana-mana, terutamanya Arisa, aku akan guard dia ke mana saja dia pergi. Tapi malam tu, aku tengok sambil ketawa tengok gelagat dia dari jauh.
Berbalik kepada klinik Mediviron, doktor pun menulis apa yang selalu aku di HR panggil "Referal Letter". Doktor nasihatkan kami bawa ke Hospital untuk X-ray. Masa tu, aku cuma terbayangkan KPJ Kajang. Sebab KPJ Seremban jauh. Tapi doktor tu suggest kami pergi ke NCI (National Cancer Institute). Memang terdekatlah, cuma aku ingatkan, NCI untuk patient cancer saja lah. Tak expect they all akan terima patient lain.
Sesampai saja depan pintu hospital, kami cari parkir. Abang Ery tanya,
"Kat mana boleh parking cik?"
Nurse
"Ada apa ye encik?"
Abg Ery jawab " Anak saya jatuh, doctor klinik refer dia buat x-ray kat sini"
Nurse bertanya lagi "Berapa umur anak encik ni?"
Abg Ery
"2 tahun setengah"
Nurse
"Oh, 2 tahun ke? Kecik sangat la encik, kami selalunya tak terima patient kecik sangat sebab kita tak ada paeditircian, doktor biasa adalah tapi sekarang ni doktor tak ada"
Aku
"Doctor tak ade ke?"
Nurse
"Haah, doctor tak ada, tapi doktor on call ada la, tapi kalau nak kitorang kena call la dulu. Doktor duduk jauh."
Aku dalam hati (minah ni macam gaya nak kena fire dengan aku ni, sabar dian sabar..)
Abg Ery dan aku
"Okaylah, tak apa lah macam tu"
Aku
"Kalau dah nama pun on call kena lah datang, bodohnya nurse ni!!"
Dalam hati aku "Bodoh apa minah ni, kalau dah nama doctor on call tu, memang la keje dia kena panggil tengah malam ke, tengah subuh ke, tengah sakit perut ke ape...aku peduli ke rumah ko jauh. Dah dia on duty, on call malam ni kan!!"
Akhirnya malam tu, selepas mengharungi tangisan Arisa yang bersungguh-sungguh masa aku nak transfer ke kereta PJE, dan naik balik Exora AHD kami berjaya ke Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi. He he he
Alhamdulillah, tangan Arisa sebenarnya kata doktor on duty malam tu di An-Nur, tangan Arisa tak ada apa-apa, cuma dia mengalami state of shock. Siap malu-malu dengar doctor lagi.
Yang paling tak tahan, Arisa masa turun kereta, dah nampak sign yang sebenarnya tangan dia tak ada apa-apa. Dia boleh angkat beg berat dengan menggunakan tangan dia yang di katakan fractured tu. Sebelah tangan tu je dia tarik. Masa naik kereta abag ery pun, dia dah senyap sambil duduk pegang beg berat tu...
Aduhai..hospital swasta sekarang kan...diorang run hotel kadang-kadang rasa. Mahal tu memang memanglah. Kat office aku selalu dengan kak liz merungut pasal bill yang melambung-lambung.
Di office sendiri, selalu aku dengar rungutan staff yang kata takut nak ke hospital swasta, sebab cara hospital, yang mana mereka suruh patient buat test macam-macam kononnya nak rule out laa..ironic, patient lagi rasa macam diri sendiri ada penyakit kronik. Jadi, ada staff akan cakap nak buat rawatan di hospital kerajaan yang kurang menakutkan. He he...
Hospital kerajaan sekarang pun tidak lah seburuk mana servisnya seperti yang orang selalu katakan. They have improved a lot. Cumanya, masa menunggu lama kan. Yelah, dah rakyat Malaysia ni ada jutaan kan. Hospital swasta ni yang bagusnya cepat. Kalau dah sakit tahap tak tahan, pergilah hospital swasta, cepat dan hospitality pun bagus. But dari sergi kepakaran tu, sama je. Ubat-ubat specialist sama je.
Comments
leganya arisa tak apa2..
rasanya hari tue baru jatuh lagi kan..
noty gak eh.. hehehhe..
pizli-hahaha...dah merasa kn..terkejut tgk bill..huhuu..aku pun kalo sakit pasni..aku jmpe bomoh je la..hehehe
site é bom