Erti sebuah rindu..
8hb Nov ni genap sebulan mak dan abah pergi menunaikan rujun islam yang ke-5. Abah dengan mak berangkat ke Madinah pada 8 Oct yang lalu. Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku pada ketika itu dan juga ketika ini.
Bercampur-campur. Sedih, sayu gembira, rindu. Aku tiada gambar nak di letakkan di sini juga. Gambar aku tak copy lagi dari Abg Ery.
Kami tak sempat nak bersalam-salaman sebelum mak dan abah check in. Masih terkenang saat tu. Aku dan abg Tarmizi, sepupu sebelah abah hanya memandang sepi saja bila mak dan abah terus bergerak ke bilik taklimat. Aku menahan deraian air mata bila tengok abah terkial-kial cuba menarik penarik beg seret abah tu. Kemudian aku nampak abah dan emak beratur di kaunter. Dan selepas itu hilang dari pandangan mata aku.
Kami tak tahu yang apabila daftar masuk saja, mak dan abah sudah tak boleh keluar menemui waris-waris lagi. Aku terpaku di situ. Tiak tahu apa yang hendak aku sampaikan pada aang-abang dan kakak ku. Sampailah abg Ery menelefon aku baru aku beritahu dia.
Aku bersyukur, walaupun cuma menghatar emak dan abah sampai ke pintu kaca sahaja. Alhamdulillah aku yang berkesempatan melakukannya. Aku berkesempatan naik ke bilik penginapan mak dan abah (walaupun waris tak dibenarkan masuk-aku pinjam tag mak dan abah..ehe). Walaupun kami tak berkesempatan melambai-lambaikan tangan macam jemaah lain (mereka beratur di depan pintu kaca menunggu turn untuk daftar masuk - abah dan emak masuk ikut pintu lain) tapi kami redha. Kami redha, kerana mungkin Allah tau ini yang terbaik.
Abah menelefon dari dalam. Menggunakan telefon orang yang duduk di sebelahnya. Kami sudah tukar kan sim card abah ke sim card Saudi. Abah kena tunggu sehingga sampai ke Madinah, barulah boleh buat panggilan. Untuk activation. Sebak masing-masing. Kakak aku menangis. Aku pulak menahan air mata.
Aku doakan mak dan abah mendapat Haji yang mabrur. Beroleh kesihatan yang baik semasa menjalankan ibadat terhadap Allah s.w.t. kami rindukan mak dan abah. Kami sayangkan mak dan abah. Tapi cinta kepada Allah tiada tandingannya, kerana itulah mak dan abah menyahut seruaan-Nya ke Tanah Suci Mekah.
Mak dan abah, kami tunggu kepulangan mak dan abah 23 November ini.
Comments
(Aku rasa kau kena tukar colour font kau ni.. Susah nak baca hehe)
(aku mmg nk tuka pun..ari tu aku kalut2 tuka..then busy plak.. hehe..)