Kisah Buasir
Rasnya segan nak bercerita tentang buasir di sini, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain iaitu sekiranya ada apa-apa masalah yang melibatkan kesihatan janganlah ditangguh-tangguhkan tidak kira lah kalau malu, sibuk atau apa-apa alasan sekali pun.
Saya mula mengalami buasir semasa saya di Tingkatan 4 lagi. Namun, saya tidak mengambil pusing akan kesakitan yang saya alami. Malah pernah semasa dalam perjalanan pulang dari kelas ke asrama sempat saya berseloroh dengan rakan saya bernama Noni
"Adoi sakitnya, macam terkena buasir je"
Kata-kata saya menyebabkan akhirnya kami berdua tertawa
Kesakitan saya terus berlarutan sehinggalah saya telah mula bekerja, yang mana pada saya, ia sudah mencapai tahap kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi! Semuanya silap saya juga, bertangguh!. Kak Liz (boss) memang dah lama menasihati saya segera berjumpa dengan specialist.
Sehinggalah hari saya dimasukkan ke wad, pagi itu saya sudah mula mengalami rasa sakit yag amat sangat. Terdetik di hati untuk megambil MC sahaja, namun mengenangkan kak Liz akan berseorangan pada hari tersebut, tambahan pula ada interview pagi itu, terus hasrat hati dibatalkan dengan serta merta.
Di pejabat, saya sudah seperti tdak boleh memberikan tumpuan langsung. Satu kerja pun tak jalan. Nak bangun pun susah! Duduk pun sakit!. Akhirnya, lunch hour, saya hanya tidur di dalam office. Sekitar 3.30 petang saya keluar dari office kononnya nak berjumpa dengan Sity tetapi dia sedang bermesyuarat dengan Olivia pula. Maka turunlah saya ke bawah, cadangnya nak berjumpa dengan Muna (si Mak Buyung).
Sedang saya berada dalam elevator yang dihiasi serba indah itu, ternamapk Umi, cleaner tingkat satu berlari mengejar saya sambil tangannya menunjuk ke arah baju saya. ALLAH..!!Berdarah dah baju aku..tak semena-mena badan jadi lemah.
Tak membuang masa saya meminta pertolongan Muna untuk menghantar ke in-house clinic. Sampai ke klinik selepas berjumpa Dr. Abraham, saya rasa lemah sangat. Tak balik ke ofice dah. Terbaring dalam sick bay dalam setengah jam. Ikutkan hati nak berehat smpi 530 tapi apakan daya in-house clinic tutup pada jam 4.30pm. Terpaksalah Muna datang menjemput ke office yang jaraknya tak sampai 1km pun dari klinik (tak larat jalan sangat dah ni..)
Kak Liz, dengan gembiranya dapat memberikan syarahan dia kepada saya. Dalam membebel tu kak Liz menawarkan diri untuk menghantar ke KPJ Kajang dalam perjalanannye pulang ke rumah selapas waktu pejabat nanti. Katanya, nak memastikan saya yang degil ke hospital ini dimasukkan ke wad malam itu juga. Mulanya saya bersetuju, tetapi bila difikirkan, rasa takut pun menjelma, saya mempunyai pemikiran yang kedua dan rasa berbelah bagi. Saya tak pernah dimasukkan wad sepanjang hayat malah mengingatkan ada kemungkinan pembedahan dilakukan kepada saya menimbulkan rasa takut yg amat sangat..Tolong ..!
Saya menelefon Mira dan menerangkan apa yang terjadi, terus Mira menawarkan diri untuk menghantar saya walaupun pada waktu itu bermacam-macam yang bermain di fikirannya. Mira risau andainya dia tak dapat menemani saya di hospital. Katanya dia tak sanggup tinggalkan saya berseorangan dalm keadan sebegitu. (THAnks mira..)
Tepat 530 petang. Saya dan Muna terus pulang. Saya cuba berlagak biasa. Menyakinkan diri bahawa saya akan pulih seperti biasa sambil telinga ini menadah apa yang termampu, bebelan dari Muna yang kalau memandu tak kurang 90km/j tak kira jalan tu sempit sekalipun. Bebelan di mulut Muna sederas kereta yang dipandunya.
Tiba di rumah, aku terus meniarap dan terus aku manangis berseorangan kerana menahan kesakitan. Aku masih menanti Mira yang berada di McD membelikan aku semangkuk bubur.
Setibanya Mira di rumah, terkejut melihat keadaan saya segera dia bersiap,makan dan terus saya dan Mira bergerak ke hospital
Maka bermula pada malam 14 Oct 2008 - 17 Oct 2008 saya bermalam di KPJ Kajang, menjalani rawatan, prosedur dan pembedahan di sana untukmerawat penyakit saya ini.
Alhamdulillah saya kini beransur pulih.

Comments
bosan la u tak de. g lunch pun cam tak best je pasal kurang sorang. hehehe