Mr Removed/MR(제거) dan K-Pop stars
Tadi aku secara tak sengaja terbaca satu blog seorang student yang sedang study di Korea. Dalam salah satu entri dia, ada dia menulis "Kebenaran yang Pahit. Ya dan Kebenaran adalah racun untuk peminat K-Pop" Sebenarnya, tak de lah secara tak sengaja jumpa :P Linknya adalah seorang ex-student di UNMC yang juga minat K-Pop.
So, entri tersebut memberi tahu satu fakta tentang Hallyu Stars, yang aku kira kebanyakan orang sebenarnya tahu yang mana sesetengah mereka ni bergantung kepada paras rupa berbanding bakat nyanyian (okay, dispesifikkan di sini nyanyian)-and yet I still fancy them, adakah aku kurang waras? Ha ha ha. Okay, call me living in fantasy instead of insane ye?
Owner blog ni menceritakan juga tentang yang plastic surgery is very common among them, which I already knew since day 1 I became a K-pop fan 5 years ago. And yet, I still think that they are handsome, I did and thank god for giving me opportunity to see such a beautiful creature for me to see :P ha ha. Plastik pun okay juga. Plastik lebih tahan lama walaupun ia adalah non biodegradable dan menjadi punca pencemaran.
Tetapi apa yang menarik minat pada entri dia ialah, dia memberitahu akan tentang sesuatu yang di panggil MR. REMOVED/Mr. (tuliskoreatakretinaksebut). Credit to AJID. Memetik paragraph dari entri - Truth Hurts. Ya dan kebenaran adalah racun untuk peminat K-Pop. (Macam dah promo blog dia pulak kan?)
Apa-apa pun, aku nak mintak maaf dulu dekat adik Ajid, sebab dia cakap, dalam banyak2 kopi, dia paling tak suka "copy" and paste. So akak mintak maaf ye dik sebab dah tercopy (sambil promo blog awak). Nanti akak belanja kopi starbucks :) Okay, ye aku tau, aku dah melalut kan?
So ini petikan ayat dalam entri tersebut.
"Kalau rajin sila ke youtube cari lagu korea yang anda minat. Cari video yang dibuang MR.(MR제거). Ini adalah teknik yang dibenci artis korea yang tak boleh menyanyi secara live. Muzik latar dibuang dan vokal mereka akan kedengaran secara jelas. Jadi dengar dulu baru buat keputusan okay"
So seperti yang korang tau, aku minat SuJu, BigBang, 2NE1 dan lain2 kan. So ni sikit yang aku dapat.
Yang rasa macam dengar dalam recording jugak pun Ryeowook, Yesung dengan KyuHyun (of course Kyu) je. Ha ha still bias kan? - (Dengar HeeChul nyanyi tahap sampah je, tp masa SS2, cam okay je dia nyanyi live, lagu ballad kut.) Betul ape Kyu's talent was discovered bila dia menang tempat ketiga dalam singing competiton. So, like it or not korang kena admit dia ada talent kan(masih bias lagi di sini weee...) Okay la dengar sendiri lagu yang fav aku yang Kyu nyanyi dalam versi Mr. Removed.
Ni lagi dua contoh, Big Bang and 2PM. Jadi bolehlah anda semua mencari group2 fav anda semua di youtube ye dan make your own judgement. Sebab nak cakap semua macam tu, tak juga, atau maybe mereka ni sesuai nyanyi lagu ballad je ke atau memang tak berbakat setakat jual rupa je ke hu he hu he...
Well in my opinion it's an individual opinion/judgement. I'm ain't nobody to make any judgement to your fav group, depends on apa yang you all cari dalam entertainment.
Peace all, tak ada niat nak bagi K-Pop fans marah. Aku sendiri kemaruk dengar lagu Korea dan ikut siri Korea :)
Comments
maisarah: heheheh..takde la pahit sgt...hahaha..ade je yg talented..dlm satu group mmg various kn..dh tu mcm spice girl tu..victoria tu bkn nye sore sedap pun...