~..........~
Sedang aku berbuat apa-apa sahaja, apabila mendengar saja takbir itu, terusik hati kecil ku. Rindu pada emak abah. Dalam masa yang sama aku berdoa agar aku berkesempatan menjejakan kaki ke tanah suci mu ya Allah.
Ya Allah, iman ku tidak setinggi langit mu, tapi aku bersyukur kerana seburuk2 dan sehina2 hambamu ini ya Allah, kau masih bukaan juga pintu hati ku.
Ya allah benarkan aku menjadi tetamu mu. Ya Allah semoga setiap hari ada perubahan dalam diri hambamu ini ya Allah, walau ia sebesar zarah sekalipun.
Dulu aku tak mengerti kenapa bila datang musim haji sahaja, rancangan berkenaan haji, di keudarakan setiap hari. Au tidak merungut, cuma hairan, bagi aku ketika itu, ye ini negara islam sebab tu bila musim haji datang maka rancangan2 haji di siarkan setiap hari.
Kini aku mengerti..iniah ubat kepada kerinduan ku kepada ibu bapaku. Aku cintakan ibu bapa ku..namun cinta kepada Allah itu mengatasi segalanya. Ya Allah terima kasih kerana menjemput kedua ibu bapa ke tanah suci mu ya Allah...
Comments