Antara Tun Mahathir, Zizan Nin dan Teater....






24 September 2010. Aku pergi menonton MuzikalTun Mahathir di Istana Budaya. Pertama kali menontor teater kat sini. Kali kedua
menjejakkan kaki di sini. Pertama kali adalah sewaktu latihan tarian sempena persembahan penutup HAri Kebangsaan 2003 (tahun terakhir
Tun M menjadi Perdana Menteri)

Tiket dah beli seawal-awalnya. Memang aku dah kekemarukan nak tonton teater ni pun. Saya sayang Tun Mahathir la katakan, wink2!. Memang dah nekad nak tengok teater ni.


Saja nak share bebrapa perkara sebab..sebab saje nak share la...he he

  1. Ada tergelincir-tergelincir juga la loghat utara para pelakon. Biasa la tu, aku pun tak la hebat pun. Pasal abah orang utara so aku pun boleh la menilai sikit. Contohnya perkataan "sekarang" sepatutnya di gunakan "La"..ala..biasa la tersasul..
  2. MAcam lawak pulak, di sebabkan Tun seorang yan brilliant and rajin. So produksi cuba potray kan dengan cara Tun asyik pegang buku je sepanjang masa..he he.. as far as i know Tun seorang yang study hard and play hard too..heheh..takpe2..aku tak wat research macam diorang kut..
  3. Masa teater ni ada seorang penari yang disable. Dia pakai wheel chair. Bila dia menari berpusing-pusing dengan wheel chair tu, aku rasa macam tengok Artie dalam cerita GLEE
  4. Next time kalau nak beli tiket, jangan duduk tepi. Now i know. No wonder la yang tu the cheapest ha ha ha..
  5. Anak angkat Tun Mahathir turut berlakon dalam teater ini. Mazahar Mahathir membawa watak sebagai orang France yang telah menetap di Malaysia selama 10 tahun dan berbangga tinggal di Malaysia diatas kemakmuran dan kestabilannya.
  6. Esma Daniel membawakan watak Tun Mahathir dengan baik sekali. Cara jalan pun sama. Cara menjawab soalan dari wartawan pun sama dll..
Asalnya tujuan aku menonton teater ni

  • Tun Mahathir adalah inspirasi dalam hidup aku
  • Nak merasa tengok teater di IB sebab sebelum ni tak berkesempatan.
Aku dengan bangganya tak mahu ambil gambar kat poster-poster yang ada gambar artis. Aku hanya nak ambil gambar poster ya
ng ada gambar Tun sahaja.


(Oh ya!aku terserempak dengan Aine, ASKOPutra di sini)

Bermula saja teater, masuk saja fasa remaja Tun M, maka Zizan Nin pun keluar dengan Kemeja merah sambil naik basikal.aku pun..Wauuuu...crush lama datang balik..ha ha ha...

Habis saja teater, ada sesi tandatangan dan bergambar bersama pelakon-pelakon utama.

Datuk Jalaludin Hassan (beliau sangat polite, lembut je suara..cair jap ;P ),

Esma Daniel (Ala ala gentleman dia ni)

Adik Afiq (Cute sangat adik ni..sopan je bila bercakap)

Erra Fazira (Urmm..aku start ada impression yang baik kat dia sejak tengok cerita dia berlakon dengan Aaron Aziz, 30 Hari Mengenali Cinta. I think she is a good actress)

dan of course...Zizan Nin (sejuk tangan berdebar nak tunggu turn jumpa Zizan, ha ha..awak sangat CUTE!)



Aku ralat sebab tak dapat ambil gambar dengan semua, cuma dengan Zizan je. Tu
lah awal-awal jual mahal nak dengan Zizan je, sekali tiba-tiba rasa menyesal pulak sebab macam tengok diorang ni very warms towards their fans(dalam hati cakap, mmg la, kalo takde fans..korang tu siapa kn..?) So untuk menghilangkan keralatan aku, aku paksa Mira ambil gambar dengan semua (then suddenly a pang of jealousy arise) ha ha ha...JEALOUS..!

Urm, sejak sessi tandatangan ni, aku rasa perception aku kat artis ada lah berubah sikit, I guess after all. Diorang ni pun a normal human being juga. Kenapa before ni perception aku pada celebrity agak negative aku pun tak pasti. Fitrah manusia adalah kebaikan.

Aku rasa nak gelak sebab Mira la, dia usaha merayu pada penjaga line tu untuk masuk beratur nak dapatkan signature. Sanggup beli buku program RM15 semata-mata(nak salam dengan Zizan). Aku?of course dah beli buku program awal - demi Tun awalnya, last2nya lain pulak.

So, kat sini aku rasa dah terpesong sedikit jiwa aku, asalnya nak tengok kerana Tun Mahathir
-->Zizan?

Macam mana pun Tun tetap menjadi inspirasi dalam hidup aku. Segala pengorbanan Tun dalam memajukan bangsa Melayu takkan dapat di tandingi oleh sesiapa pun.

Tun, kaulah pelindung bangsaku.





Comments

Dian Hafini Yusoff said…
Pizli adalah manusia yang paling hebat di dunia ini.. Sekian Terima kasih..
Nini Yusoff said…
terima kasih pizli..ko lah budak IT paling best skali..heeeee.....

Popular Posts