Entri yang tak ada title....

Tak lama lagi Abg Ery nak balik. Tak sabar rasanya. Rindu sangat diorang ni. Especially yang kenit 2 orang tu. Rindu sangat kat diorang. Hari tu, masa pergi sana, Arisa tak boleh berjalan pun lagi. Seminggu balik dari Jepun, tengok-tengok dia dah meniti-niti kat dinding rumah. Alahai, comelnye. Sekarang Arisa dah boleh berjalan dah. Ligatnye ya Allah. Tengok dalam webcam yg lembab tu pun sangat laju..mcm shinkasen dah! Ish..memang terkena kenan Jepun betul Arisa ni. Dh la muka pun lebey kurang aje. Heee...

Adia pulak, masa jumpa balik aritu kt Narita, macam mimpi je tengok dia. Dh besar. Girly! Macam tak percaya je, kitorang ni physically 2 tahun tak jumpe langsung. Dulu kecik je lagi masa nak g sana. Rambut pendek. Dulu, suka sangat raba2 perut Aya. So masa kat Jepun. Saje je usik2 perut die., tapi dia dah besa "I am 5 years old" katanya. Aku hampir lupa akan hakikat tu, bila usik perut die tu..dia terus tolak tangan aku.Marah anty. "Hey Aunty" He he, sorry Aya..Anty tak ingat yang Adia dah besar. :)

While aku pulak, sepanjang tiga tahun ni, macam2 dah aku lalui. Walaupun at time aku rasa macam aku masih tak acieve apa-apa lagi. Tengok kawan aku dah sambung Master, dah ada Ph.D. Ada yang dah kawen, dan beranak satu...Oopsss...tak nak cakap lebey2 pasal aku sendiri malas nak jawab soalan-soalan cepucemas. Heee...

Aku plan nak sambung Master, tengok Abg Ery g oversea. Aku pun nak g oversea gak. Memang dari kecik aku nak g oversea, tapi yela, result kn macam hampeh. So siapa la nk sponsor org yg result mcm aku. Hehehe. Kadang-kadang aku selalu gak terpikir macam, "kenapa orang lain dapat aje offer yg best mcm tu, sedang kan aku..takde pun..?" Tp bila di renung2 kan balik, ada hikmahnya. Rezeki orang lain-lain kan..Ada sebab kenapa aku masih di sini. Tak apa. Bila fikir-fikir balik, aku ni dok kt KL kalo sebulan tak balik pun dh rasa nak balik Ipoh sangat-sangat. Mcm mana aku nak tahan agaknye? Hehe..aku tau aku boleh hadapinye, but i dont think it is now?Yeke? Atau agaknye kalo aku g time2 skrg ni aku berpoya2 je lebey..pastu Kantoi! Hmppph!!Baik tak payah!.

Tapi aku memang bersyukur sebab di kurnia kan kerja yang baik, tempat kerja yang baik, dan yang paling penting, boss yang baik. Aku tak rasa aku boleh bertahan lama kalau tak kerana K.LIz. Serius. Mmg dia yang banyak tolong aku selama ni. Aku anggap dia macam kakak jugak, selain dari mentor aku. Kalau kat luar sana, realitinya, tak mungkin la aku dapat bertahan macam ni..Masakan ada orang sanggup nak ajar si Biology graduate ni pasal HR and sedia menegur kesalahan aku dengan sebaik-baiknya dan sungguh berdiplomasi. Dan sudah semestinya kerana aku ni jenis tahan la jugak KOT!! heee....

Ish..entri aku ni mmg dah caca marba. Ni semua pasal dh lama sangat aku tak menulis kt blog ni. Aku ada banyak benda nak tulis, tapi tak sempat. Balik umah je rehat, main FB tengok TV. Hik3!!

Comments

syuk said…
FB adalah permainan yang FUN !

Popular Posts