Cerita bola jaring

Sakit seluruh badan aku pada dua minggu yang lalu. Semuanya gara-gara bola jaring. Mulanya malas nak bercerita tentang ini, tetapi kenapa tidak bukan? Since Azlan (si Head of Safety & Security yang tak ada kerja lain selain complain sana sini saja ;P) yang suggest, yelah julung-julung kali aku bermain (mungkin tak main lagi selepas ini he he he)

[caption id="attachment_155" align="alignnone" width="450" caption="Staff team"]Staff team[/caption]

Ini lah gambar insan-insan yang mewakili staff di UNiM, walaupun pada dasarnya yang sememangnya staff di sini cuma 5 orang sahaja iaitu aku, Vivi, Azura, Rohaya dan Banu, itu pun Rohaya dikira dari Boustead. Shanti pula part time staff. Diangkutnya budak Desa Amal Jireh sekali. Mira?lebih bidan terjun dari aku....heh..(tapi at least dia ada banyak experience dalam netball ni.)Jadi,bila aku tengok gambar ini aku gelak. Sebab semuanya bidan terjun. Apatah lagi AKU YANG TAK PERNAH PEGANG BOLA.... 





Jadi inilah dia rupa seorang bidan terjun (iaitu aku) selepas bermain netball. Sudah kepenatan pun tapi masih mahu tersenyum ala-ala penari lagi walaupun lepas penat bermain.


 Yang pasti aku keletihan.


 



Aku tak biasa mengeluarkan peluh dengan cara bersukan. Aktiviti mengeluarkan peluh aku adalah menari. Tapi setelah hampir tiga tahun aku meninggalkan UKM, maka terhasilah Dian yang sudah bertambah berat badanya.

Aku bukan seorang yang aktif bersukan. Mungkin juga kalian mengatakan aku memberi alasan, tapi aku sering bertukar sekolah semasa zaman persekolahanku. Dari sekolah rendah hinggalah ke alam alam persekolahan menengah. Sudah 7 kali aku berpindah sekolah. Jadi aku tidak dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti-aktiviti kesukanan. Senang kata, aku tidak aktif semasa zaman persekolahan 



 Mungkin juga tidak berminat? Aku lebih menjurus kearah kesenian dan keudayaan. Aku selesa di cabang ini.



Jadi berbalik ke malam di mana aku bermain netball itu, yang mana Mira pun turut aku heret sekali. Kesian.. sorry ye mira….walaupun kalah ..at least kau lagi hebat dari aku…

Akibatnya..aku mengalami kesakitan seluruh badan dari malam itu lagi. Tapi aku gagahkan juga diri aku ..aku heret badan ku ke pejabat pada pagi itu…tak nak mengalah..Ya Allah sakitnya badan aku….


 



 

 

 

Comments

nenek said…
Tu le...kaki bangku,
jadilah kaki untut..kah kah
ninieusoff said…
mak mengata kaki abah la ni..kaki nini kn warisan dr abah..ehehehehhe

Popular Posts