Konvokesyen Ke-3 UNISEL
Tahniah! Tahniah kepada kakak saya, Dianna kerana akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya di UNISEL. Segala jerih perih pastinya berbaloi bukan? 2 Nov 08 adalah tarikh majlis graduasi kakak Dianna. Saya turut menghadiri untuk meraikan kejayaannya. Abang Anuar tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Abg Ery sudah pastinyalah tak boleh datang. Tak seperti majlis graduasi saya yang diserikan dengan kehadiran Adia Zara, anak buah saya yang berlari-lari sambil memegang belon hitam, dicelah-celah ribuan manusia di depan Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM.
Mira turut sama datang ke Konvo kakak Dianna, bersama Haizal (Junior sekolah Mira). Datang dengan tujuan untuk membawa saya pulang sama ke Bandar Seri Putra selepas 3 minggu bercuti sakit, jadi tak perlulah mak dan abah bersusah payah menghantar saya sehingga ke rumah. Terima kasih ye!
[caption id="attachment_37" align="alignnone" width="358" caption="Famili Abang Ayie dan famili saya"][/caption]
Abang Ayie turut konvo pada hari yang sama, semakin meriah jadinya. Bertambah seronok nak mengambil gambar. Bukan sahaja kami sekeluarga malah keluarga abang Ayie turut merakamkan gambar kenang-kenangan juga.
[caption id="attachment_38" align="alignnone" width="357" caption="Yune, Mira dan saya (^_^)"][/caption]
Yang paling tidak disangka, sementara menunggu Mira samapi dan majlis bermula, Yune (kawan Mira semasa bekerja di Nutriplant) tiba-tiba muncul di depan saya. Wah!!! kecilnya dunia, dan seperti biasa, tanpa dirancang Yune mengenakan pakaian yang sama fesyen dan warnanya dengan saya (sibuk je Yune ni..mesti nak sama baju tiap-tiap kali jumpa).
Selepas selesai semuanya, asa sedih pula apabila hendak pulang, maklumlah dua minggu berkepit dengan mak dan abah di Ipoh. Ditambah pula mengenang pengorbanan emak menjaga saya semasa lepas pembedahan. Bertambah sayu hati ini. Tapi nak buat macam mana, dah nak mula kerja. Ditambah lagi ada follow up dgn Dr. Kumar di KPJ esoknya. Malasnya!!
Tapi sebelum pulang ke rumah kami melencong sekejap ke Alamanda. Saja-saja nak bersuka-suka sebelum pulang ke rumah. Lagipun dah lama tak keluar pergi menonton wayang. Jadi malam itu filem 'The Coffin' menjadi pilihan kami saya, Mira dan juga Haizal. Ingatkan seram..tapi tak ada la menakutkan sangat pun.
Gambar di atas ni masa tengok muvie!!
Comments
tak lepas peluang tengok wayang..
le plk..