Kerja & Birthday
Saya sudah kembali ke pejabat pada 4 Nov 08. Ya!! betul..back to work on my birthday. Well, Happy birthday to ME!!. Betapa perasannya diri ini.
Tak seperti bulan-bulan yang lepas, aku berasa lebih bersemangat ingin ke pejabat. Bukan sebab nak sambut hari jadi di pejabat tetapi setelah beberapa minggu cuti, dan paling utama selepas menghadiri temuduga itu, saya lebih boleh menerima hakikat bahawa apa yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya lebih menyayangi kerja saya, lebih menghargai orang-orang yang ada di sekeliling saya, kawan-kawan di pejabat,boss, housemate, dan terutama sekali keluarga saya...
Sekurang-kurangnya kini saya lebih fokus dalam kerja saya. Tak seperti sebelum ini, saya lebih sibuk melayan perasaan untuk mencari pekerjaan lain. Kini saya sudah ada perancangan untuk kerjaya saya untuk 5 - 10 tahun akan datang. Betul kata seorang rakan saya yang bekerja di Maxis (nama dirahsiakan heheh), kita tak boleh hidup sekiranya dalam fikiran kita ada "What if?". Dulu, bila saya memohon pekerjaan lain, mulalah terlintas
"Macamana kalau sebenarnya kerja ini tak sesuai dengan aku, entah-entah kerja yang sekarang ni lagi sesuai?"
"kalau kerja di bidang ini lama-lama, boleh ke aku jump pergi field lain? Tapi field lain tu sesuai ke dengan personaliti aku ni?"
Macam mana tu? Memang sah hidup ini tak bergerak ke mana. Di takuk itulah juga. Jadi sempena hari lahir saya ini, sempena meningkatnya umur diri ini, meningkat jugalah kematangan dalam fikiran, meningkatlah juga pengalaman dalam diri dan seharusnya ia meningkatkan semangat umtuk kita memajukan diri kita.

Comments
semuga umur mematangkan lagi untuk menjadi
diri lebih dewasa dan pengalaman hidup.